20 April 2010

Notis Tuntutan Pinjaman Pelajaran / Biasiswa MARA

Peminjam yang disenaraikan dan masih belum membuat sebarang pembayaran balik pinjaman pelajaran / biasiswa MARA adalah dikehendaki menghubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA seperti alamat dan nombor telefon/faks di bawah untuk berunding bagi menyelesaikan hutang pinjaman pelajaran / biasiswa MARA.

Ibu Pejabat MARA,
Unit Pusat Perkhidmatan Pelanggan,
Bahagian Kawalan Kredit,
Tingkat 3.
no. telefon : 03-26986448, 03-26927700, 03-26981472,
03-26903946 / 86 / 88 / 90 / 91
no. faks : 03-2698 1481
email : informasi bkk@mara.gov.my

07 April 2010

Program Juara Rakyat

Pada 04 April 2010, Pejabat MARA Daerah Klang telah membuka kaunter penerangan di Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Kota Raja yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2, Seksyen 28, Shah Alam.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Noh b. Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

01 April 2010

Rahsia Bulan Kelahiran - April

Kajian mengenai bulan dan sikap yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah :-
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
Mutiara Kata


Sebaik-baik kaya ialah KAYA HATI,

Sebaik-baik kekal ialah TAQWA,

Seburuk-buruk buta ialah BUTA HATI,

Sebesar-besar dosa itu ialah BERDUSTA...