30 December 2010

Pendaftaran Kolej Profesional MARA (KPM)

Adalah dimaklumkan Pendaftaran Pelajar Baru bagi mengikuti
Program Pengajian di KPM sesi Januari 2011 adalah
pada 4 Januari 2011 jam 8.30 pagi.

Tawaran permohonan untuk kemasukan bagi sesi ini akan
dilanjutkan sehingga minggu pertama Januari 2011
bagi program-program yang masih ada kekosongan sahaja.

Bagi mendapat maklumat lanjut sila hubungi :-

KPM Bandar Penawar Johor : 07-8842222
KPM Bandar Melaka : 06-2812011 / 06-2812012
KPM Ayer Molek Melaka : 06-2695881 / 06-2695882
KPM Beranang  Selangor : 03-87668935 / 03-87668936
KPM Indera Mahkota Pahang : 09-5736304 / 09-5736306
KPM Seri Iskandar Perak : 05-3711045 / 05-3711184

29 December 2010

Mara peruntuk RM150 juta pinjaman usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR 27 Dis. — Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sejumlah RM150 juta pinjaman kepada usahawan Bumiputera di seluruh negara untuk tahun depan.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pinjaman yang akan diberikan itu meliputi pelbagai bidang keusahawanan kecuali pertanian, tetapi keutamaan akan diberikan kepada bidang runcit.

"Secara purata, setiap peminjam akan memperoleh kira-kira RM50,000. Jumlah peruntukan ini (RM150 juta) sebenarnya masih kecil tapi ia berdasarkan kutipan semula pinjaman yang kita telah perolehi. Kalau lebih, maka kita akan tambah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Medan Selera Rakyat, di Medan Mara di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, setiap pemohon pinjaman perlu memenuhi kriteria tertentu termasuk lulus ujian psikometrik bagi menilai tahap keusahawanan mereka.

Ujian itu yang mula diperkenalkan November lepas antara lain mengukur nilai keusahawanan setiap individu daripada segi daya tahan, kemampuan bersaing, keberanian menanggung risiko dan sebagainya.

"Walaupun kertas kerja yang mereka sediakan bagus, pembentangan mereka juga bagus tapi mereka perlu lulus ujian ini untuk kita nilai sejauh mana mereka mampu bertahan dalam perniagaan,” katanya.

Mengenai penjenamaan semula Medan Selera Rakyat, Idris berkata, ia bertujuan menjadikan kawasan itu menjadi lebih menarik, selesa, bersih dan santai.

Bertemakan ”Green Peace”, projek membaik pulih medan selera itu telah dimulakan 1 Novenver lepas dan siap sepenuhnya pada 17 Disember dengan kos kira-kira RM190,000. - Bernama

28 December 2010

Pejabat MARA Daerah Klang

PEJABAT MARA DAERAH KLANG
No. 3 & 3A, Jalan Raya Timur / KS1
Pusat Bandar 41000 Klang
Selangor Darul Ehsan





Kompleks Tengku Kelana









Arked MARA Jalan Kapar








Arked MARA Jalan Melayu









03 December 2010

PROGRAM PERANTISAN KHAS GIATMARA

GIATMARA KAPAR sedang menjalankan Program Perantisan Khas Giatmara bagi pelajar yang tercicir sesi persekolahan.

Syarat-syarat untuk penyertaan program adalah seperti berikut :-

Calon : Pelajar yang tercicir sesi persekolahan
Umur : 15 tahun sehingga 20 tahun sahaja
Penempatan : Premis Perniagaan / Perusahaan / Bengkel

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi GIATMARA KAPAR di talian 03-3290 5945.

Borang program juga boleh didapati di Pejabat MARA Daerah Klang.

01 December 2010

Rahsia Bulan Kelahiran - Disember

Kajian mengenai bulan dan sikap yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah :- 
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik