27 November 2012

Kekosongan Premis Perniagaan MARA Daerah Klang


Pelanggan / Usahawan yang dihormati,

Dimaklumkan Pejabat MARA Daerah Klang mempelawa tuan/puan untuk mengisi kekosongan premis perniagaan MARA Daerah Klang.

Maklumat premis perniagaan adalah seperti berikut:-

Nama Premis  :     Arked MARA Jalan Melayu, Klang
Lot Kosong     :     2 lot
No Kedai         :    Bilik F, Kedai Makan 2B & 3B

Nama Premis   :    Arked MARA Jalan Kapar, Klang
Lot Kosong      :    5 lot
No Kedai         :    Bilik No. 38A, 40B, 32C, 38C dan 40C

Borang permohonan penyewaan premis MARA boleh didapati di PEJABAT MARA DAERAH KLANG secara percuma. Permohonan tuan/puan hendaklah disertakan bersama profile syarikat (SSM dan latarbelakang pemilik syarikat) dan juga perancangan perniagaan yang akan dijalankan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat MARA Daerah Klang di talian 03-3373 8667.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 05 DISEMBER 2012