04 December 2012

Kursus Spa Dan Kecantikan


Alhamdulilah selesai sudah kursus Spa dan Kecantikan pada 28 Nov - 01 Dec 2012 seramai 27 peserta telah berjaya merialisasikan impian mereka untuk membuka atau mempelajari asas spa dan  kecantikan, jom kita tengok gambar-gambar peserta dan penyampaian sijil...

 







Praktikal Mengurut Kepala


Pegawai Mara Daerah Klang - CIk Azizah Bt Hashim



Tenaga Pengajar Kursus - Pn Nik Fariza




Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama sepanjang kursus berlangsung.... Jumpa lagi kursus akan datang

27 November 2012

Kekosongan Premis Perniagaan MARA Daerah Klang


Pelanggan / Usahawan yang dihormati,

Dimaklumkan Pejabat MARA Daerah Klang mempelawa tuan/puan untuk mengisi kekosongan premis perniagaan MARA Daerah Klang.

Maklumat premis perniagaan adalah seperti berikut:-

Nama Premis  :     Arked MARA Jalan Melayu, Klang
Lot Kosong     :     2 lot
No Kedai         :    Bilik F, Kedai Makan 2B & 3B

Nama Premis   :    Arked MARA Jalan Kapar, Klang
Lot Kosong      :    5 lot
No Kedai         :    Bilik No. 38A, 40B, 32C, 38C dan 40C

Borang permohonan penyewaan premis MARA boleh didapati di PEJABAT MARA DAERAH KLANG secara percuma. Permohonan tuan/puan hendaklah disertakan bersama profile syarikat (SSM dan latarbelakang pemilik syarikat) dan juga perancangan perniagaan yang akan dijalankan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat MARA Daerah Klang di talian 03-3373 8667.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 05 DISEMBER 2012

21 November 2012

Kursus Spa Kecantikan


Pejabat MARA Daerah Klang akan menganjurkan Kursus Spa Kecantikan sepertimana berikut :-

Tarikh / Hari : 28/11/2012 - 01/12/2012 (Rabu hingga Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pejabat MARA Daerah Klang (No. 3 & 3A, Jln Raya Timur/KS 1)
Bilangan Penyertaan : 30 orang
Yuran Penyertaan : RM100.00 sahaja

Tarikh Tutup Penyertaan : 27 November 2012

Penyertaan Untuk Wanita Sahaja....

Maklumat Lanjut Kursus : 03-3373 8667 (En. Syed Azril / En. Hisham / Pn. Tini / En. Redzuan)

Harap Maklum.............................

 

11 November 2012

Kursus Makanan Sejuk Beku ( Frozen Food )

Alhamdulilah Dengan Jayanya Tamat Sudah Kursus Makanan Sejuk Beku Anjuran Pejabat Mara Daerah Klang Pada 5- 8 Nov 2012, Usaha Yang Dilakukan Oleh Semua Pekerja PMD Klang Bagi Mencari Peserta Kursus Amat Berbaloi Dengan 28 Peserta Telah Berjaya Mendalami Ilmu Menghasilkan Makanan Sejuk Beku..... Jom Kita Tengok Gambar...

Peserta Telah Menghasilkan Murtabak Ayam & Daging


Peserta Membancuh Tepung Untuk Membuat Cakoi...





Peserta Berjaya Menghasil & Menggoreng Cakoi







        Peserta Menguli & Membuat Pizza Mini






                                      

Berjaya Menghasilkan Potato Chese Baked





Majlis Penyampaian Sijil



Tenaga Pengajar Kursus En. Isa
Penolong Pegawai MARA Klang En.Redzuan Memberi Ucapan & Penutupan Kursus






Terima Kasih Kepada Semua Peserta Yang sporting,,,,,,,,,,,,InsyAllah Jumpa lagi Kursus Akan Datang.........



31 October 2012

KURSUS MAKANAN SEJUK BEKU (FROZEN FOOD)

Pejabat MARA Daerah Klang akan menganjurkan Kursus Makanan Sejuk Beku seperti butiran berikut:-

Tarikh / Hari : 05 - 08 November 2012 (Isnin - Khamis)
Tempat : Pajabat MARA Daerah Klang
Yuran Penyertaan : RM100.00
Bilangan Peserta : 30 orang
Tarikh Tutup Penyertaan : 02 November 2012 (Jumaat)

Makanan dan minuman disediakan sepanjang tempoh kursus dan sijil penyertaan kursus akan dikeluarkan oleh pihak MARA.

Bagi sesiapa yang meminati untuk menyertai kursus ini, sila hubungi 03-3373 8667 (En. Syed Azril) untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Harap maklum......

09 January 2012

PERTUKARAN PEGAWAI MARA DAERAH KLANG

Mulai 1 Disember 2011  Pegawai Mara Daerah Klang Ialah  Cik Azizah Bt Hashim Pertukaran Ini Bagi Menggantikan Cik Huraizah Bt Shafie Yang Telah Bertukar Ke Pejabat Mara Shah Alam.