12 January 2010

Lawatan Rasmi Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor Yang Baru

Bertarikh 31 Disember 2009, Timbalan Pengarah MARA Negeri(TPMN) Selangor yang baru dilantik pada 15 Disember 2009 telah membuat lawatan rasmi ke Pejabat MARA Daerah(PMD) Klang. Tuan Haji Mhd Yatim bin Hassan hadir bersama Ketua Bahagian Pembangunan Infrastruktur(BPI) Negeri Selangor, Tuan Haji Ameer bin Ibrahim dan Pegawai Bahagian Pembangunan Infrastruktur(BPI) Ibu Pejabat bagi meninjau perkembangan terkini bangunan perniagaan di Daerah Klang.

Selepas sesi perbincangan dengan Pegawai PMD Klang serta menjamu jamuan ringan yang disediakan, TPMN dibawa melawat aras 4 Kompleks Tengku Kelana untuk melihat keadaan kedai makanan dan minuman yang dahulukan pernah disewakan tetapi kini kedai-kedai tersebut tidak lagi beroperasi.

Setelah itu, TPMN bersama Ketua BPI, Negeri dan Pegawai BPI, Ibu Pejabat dibawa melawat ke bangunan yang dicadangkan untuk pejabat baru PMD Klang.
Akhir lawatan, TPMN dibawa ke premis perniagaan Arked MARA Jalan Melayu bagi melihat keadaan premis tersebut. Di Arked MARA Jalan Melayu, TPMN telah diperkenalkan dengan Pengerusi Badan Penyewa-Penyewa Arked MARA Jalan Melayu yang turut berada di Arked tersebut.
Lawatan TPMN berakhir pada jam 4:30 petang.