Bertarikh 05 Januari 2010, Pengarah MARA Negeri Selangor telah membuat lawatan singkat ke Pejabat MARA Daerah Klang. Di sini kami lampirkan gambar kenangan staf PMD Klang dengan PMN Selangor.
14 January 2010
12 January 2010
Lawatan Rasmi Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor Yang Baru
Bertarikh 31 Disember 2009, Timbalan Pengarah MARA Negeri(TPMN) Selangor yang baru dilantik pada 15 Disember 2009 telah membuat lawatan rasmi ke Pejabat MARA Daerah(PMD) Klang. Tuan Haji Mhd Yatim bin Hassan hadir bersama Ketua Bahagian Pembangunan Infrastruktur(BPI) Negeri Selangor, Tuan Haji Ameer bin Ibrahim dan Pegawai Bahagian Pembangunan Infrastruktur(BPI) Ibu Pejabat bagi meninjau perkembangan terkini bangunan perniagaan di Daerah Klang.
Akhir lawatan, TPMN dibawa ke premis perniagaan Arked MARA Jalan Melayu bagi melihat keadaan premis tersebut. Di Arked MARA Jalan Melayu, TPMN telah diperkenalkan dengan Pengerusi Badan Penyewa-Penyewa Arked MARA Jalan Melayu yang turut berada di Arked tersebut.
Lawatan TPMN berakhir pada jam 4:30 petang.
01 January 2010
Rahsia Bulan Kelahiran - Januari
Kajian mengenai bulan dan sikap yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah :-
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
- Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
- Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
- Pandai mengambil hati orang lain.
- Pendiam kecuali telah dirangsang.
- Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
- Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
- Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Cukup sayang pada kanak-kanak.
- Suka duduk di rumah.
- Setia pada segala-galanya.
- Perlu belajar kemahiran bersosial.
- Sifat cemburu yang sangat tinggi
30 December 2009
Arkib : Perasmian Bangunan MARA Jalan Raja Laut
untuk pengetahuan dan makluman bersama....
Keratan akhbar Perasmian Bangunan MARA oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 12 April 1987.
post by : maraklang..
Keratan akhbar Perasmian Bangunan MARA oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 12 April 1987.
post by : maraklang..
JUALAN AMAL KEMANUSIAAN MANGSA BENCANA ALAM, PADANG INDONESIA
Atas sikap keperihatinan kepada mangsa-mangsa bencana alam di Padang, Indonesia, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama Pejabat MARA Daerah(PMD) Klang telah menganjurkan Jualan Amal Kemanusiaan Mangsa Bencana Alam pada 28 - 29 Disember 2009 di Ruang Legar, MPK.
PMD Klang telah mempelawa 8 usahawan untuk menjayakan Jualan Amal ini dengan memberi tapak jualan dan bayaran penyertaan tersebut akan disalurkan ke tabung bencana alam. Kunjungan pelanggan sepanjang jualan tersebut amat menggalakkan terutama pelanggan-pelanggan yang memperbaharui cukai perniagaan di MPK dimana secara langsung membantu jualan usahawan dan juga kutipan mangsa bencana alam.
Disini kami lampirkan gambar-gambar di hari ke-2 jualan amal dan juga gambar-gambar usahawan yang turut menjayakan jualan ini.
Usahawan : Mohd Isa Edrus / e'sir Enterprise
Produk : Makanan Sejuk Beku
No Tel : 019-356 6314
Usahawan : Siti Munawwarah Musalim
Produk : Pakaian Muslimah
No Tel : 019-365 6098
Produk : Pakaian Muslimah
No Tel : 019-365 6098
Subscribe to:
Posts (Atom)