29 December 2009

JUALAN AMAL MANGSA BENCANA ALAM, PADANG INDONESIA

Assalamualaikum wbkt...

Pada 28 & 29 Disember 2009 telah berlangsung satu Majlis Jualan Amal untuk mangsa gempa bumi di Padang Indonesia. Jualan amal ini yang berlangsung di perkarangan lobi utama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah disertai oleh lapan usahawan MARA Klang.

Objektif majlis ini dijalankan adalah bagi mengumpul derma melalui tabung-tabung yang disediakan dan sewa tapak jualan.

Jualan yang berlangsung selama dua hari ini ternyata mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai dan warga kerja MPK sendiri.

Diharap agar banyak lagi kerjasama antara MPK dan MARA Klang selepas ini dalam kerja-kerja amal bagi membantu golongan yang dilanda musibah dan kurang bernasib baik.

~~al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dalam bencana alam tersebut~~

10 December 2009

MAJLIS JASAMU DIKENANG PMN/TPMN SELANGOR

Memori Majlis Jasamu Dikenang sempena perpindahan Pengarah MARA Negeri Selangor, En. Razlan B. Hj Samsuri dan Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor Tuan Hj Amir B. Rahmat telah berlangsung dengan seribu satu kenangan.
Jutaan terima kasih kepada PMN dan TPMN atas jasa dan tunjuk ajar selama menerajui MARA Selangor.
Jasa dan bakti kalian tetap dikenang dihati warga MARA Klang.
Untuk tatapan bersama...




En. Hassan. Pengerusi Majlis yang penuh pengalaman berjaya menceriakan majlis yang penuh emosi.
Kaum-kaum ibu sempat pose tersenyum manis sebagai kenangan. (Cik Sila join kaum-kaum ibu untuk ambil berkat)
Big bos. Jasamu tetap dikenang.

Terima Kasih BKMS atas menu yang cukup menyelerakan.

09 December 2009

HARI KELUARGA PEJABAT MARA NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum..

Suasana kemeriahan Hari Keluarga MARA Selangor... Untuk tatapan semua... Memori bersama..



31 October 2009