29 December 2009

JUALAN AMAL MANGSA BENCANA ALAM, PADANG INDONESIA

Assalamualaikum wbkt...

Pada 28 & 29 Disember 2009 telah berlangsung satu Majlis Jualan Amal untuk mangsa gempa bumi di Padang Indonesia. Jualan amal ini yang berlangsung di perkarangan lobi utama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah disertai oleh lapan usahawan MARA Klang.

Objektif majlis ini dijalankan adalah bagi mengumpul derma melalui tabung-tabung yang disediakan dan sewa tapak jualan.

Jualan yang berlangsung selama dua hari ini ternyata mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai dan warga kerja MPK sendiri.

Diharap agar banyak lagi kerjasama antara MPK dan MARA Klang selepas ini dalam kerja-kerja amal bagi membantu golongan yang dilanda musibah dan kurang bernasib baik.

~~al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dalam bencana alam tersebut~~

No comments:

Post a Comment