Kursus peningkatan (Kek) ini merupakan lanjutan daripada kursus asas kek yang berlangsung pada bulan Mac. Kursus ini berlangsung selama sehari pada 25 April 2009. Tenaga pengajar, Puan Mazlin Binti Mohamad dan PuanWayunah Binti Abdullah merupakan pemilik kedai kek (Sutra Cafe & Bakery Ingredients) yang telah beroperasi selama lebih empat tahun di Saujana Utama. seramai lapan orang peserta yang menghadiri kursus ini telah diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara dan teknik menghias kek yang betul. Kursus kali ini boleh dikatakan diantara kursus yang amat cemerlang penganjurannya kerana ternyata setiap peserta yang diberikan dua biji kek untuk dihias, telah menghiasnya dengan cantik. Kami warga MARA Klang akan menganjurkan kursus-kursus seperti ini sekiranya ada permintaan yang tinggi dari orang ramai.
29 April 2009
Kursus Jahitan Manik (Asas Dan Lanjutan)
Kursus peningkatan ini telah berlangsung pada 25 dan 26 April 2009 bertempat di Kompleks Tengku Kelana Klang. Seramai 5 orang peserta yang terpilih telah berpeluang menghadiri kursus ini. Puan Yasimah Binti Yahya dari Syarikat Yang Murni Collection merupakan tenaga pengajar profesional yang telah dilantik bagi memberi tunjuk ajar (teori dan praktikal) sepanjang dua hari tersebut. Antara modul pembelajaran yang di ajar adalah jahitan manik asas dan bunga. Dari hasil maklum balas peserta, pihak MARA Klang berbesar hati kerana kesemua peserta berpuas hati dengan kursus dan latihan yang diberi. Terima kasih pada warga MARA Klang yang bertungkus lumus menjayakan kursus ini. Kepada yang berminat menyertai kursus ini, tunggu lanjutannya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)