09 July 2009

PINJAMAN PELAJARAN

Pinjaman pelajaran yang disediakan untuk pelajar institusi pengajian tinggi adalah hanya untuk institusi swasta (IPTS) yang ditaja sahaja. Terdapat dua jenis pinjaman iaitu pinjaman pendahuluan dan pinjaman penuh.
Permohonan pinjaman pendahuluan boleh dibuat selewat-lewatnya dua minggu selepas tarikh pendaftaran kolej.
Borang pinjaman boleh didapati di kaunter Pejabat MARA Daerah atau Pejabat MARA Negeri. Borang pinjaman pendahuluan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat MARA Daerah bagi proses ulasan dan sokongan. Bagi permohonan pinjaman penuh, borang yang telah lengkap perlu dihantar terus ke Bahagian Penganjuran Pelajaran Ibu Pejabat MARA.
Bagi pelajar IPTA, hanya pelajar sedia ada sahaja yang layak memohon pinjaman pelajaran. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian 03-55194033 (Bahagian Latihan Dan Pendidikan) Pejabat MARA Negeri Selangor.

02 July 2009

25 June 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN

MARA NEGERI SELANGOR AKAN MENGADAKAN HARI BERTEMU PELANGGAN BAGI BULAN JUN 2009:

TARIK : 26 JUN 2009

HARI : JUMAAT

MASA : 3.00 PTG HINGGA 5.30 PTG

TEMPAT : RUANG LEGAR, TINGKAT BAWAH ANGGERIK MALL, SHAH ALAM


Perkhidmatan yang diberi pada HBP adalah seperti berikut:

1) Kursus keusahawanan (PUSMA)

2) Latihan & Kerjaya (STO)

3) Premis Perniagaan (BPI)

4) Pembiayaan perniagaan

Semua dijemput hadir.

22 June 2009

TERKINI - PINDAAN - KURSUS ASAS PERNIAGAAN

KURSUS ASAS PERNIAGAAN KALI KE-2/2009 ANJURAN PEJABAT MARA DAERAH KLANG DIPINDA KE TARIKH 06 - 10 JULAI 2009, BERTEMPAT DI DEWAN ORKID, ANGGERIK MALL, SHAH ALAM JAM 8.30 PAGI - 4.00 PETANG. BAYARAN YANG DIKENAKAN ADALAH SEBANYAK RM200. BAYARAN BOLEH DIBUAT DI KAUNTER PEJABAT MARA DAERAH KLANG. UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PENYELARAS KURSUS, EN SYED AZRIL DI TALIAN 03-33738667. TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD!

29 April 2009

Kursus Hiasan Kek Dan Kek Cawan








Kursus peningkatan (Kek) ini merupakan lanjutan daripada kursus asas kek yang berlangsung pada bulan Mac. Kursus ini berlangsung selama sehari pada 25 April 2009. Tenaga pengajar, Puan Mazlin Binti Mohamad dan PuanWayunah Binti Abdullah merupakan pemilik kedai kek (Sutra Cafe & Bakery Ingredients) yang telah beroperasi selama lebih empat tahun di Saujana Utama. seramai lapan orang peserta yang menghadiri kursus ini telah diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara dan teknik menghias kek yang betul. Kursus kali ini boleh dikatakan diantara kursus yang amat cemerlang penganjurannya kerana ternyata setiap peserta yang diberikan dua biji kek untuk dihias, telah menghiasnya dengan cantik. Kami warga MARA Klang akan menganjurkan kursus-kursus seperti ini sekiranya ada permintaan yang tinggi dari orang ramai.




Kursus Jahitan Manik (Asas Dan Lanjutan)







Kursus peningkatan ini telah berlangsung pada 25 dan 26 April 2009 bertempat di Kompleks Tengku Kelana Klang. Seramai 5 orang peserta yang terpilih telah berpeluang menghadiri kursus ini. Puan Yasimah Binti Yahya dari Syarikat Yang Murni Collection merupakan tenaga pengajar profesional yang telah dilantik bagi memberi tunjuk ajar (teori dan praktikal) sepanjang dua hari tersebut. Antara modul pembelajaran yang di ajar adalah jahitan manik asas dan bunga. Dari hasil maklum balas peserta, pihak MARA Klang berbesar hati kerana kesemua peserta berpuas hati dengan kursus dan latihan yang diberi. Terima kasih pada warga MARA Klang yang bertungkus lumus menjayakan kursus ini. Kepada yang berminat menyertai kursus ini, tunggu lanjutannya nanti.

28 April 2009

Kursus Pengurusan Kewangan





Kursus Pengurusan Kewangan telah diadakan pada 28 - 30 April 2009 bertempat di Kompleks Tengku Kelana Klang (Pejabat MARA Daerah Klang). Objektif kursus ini adalah memberi kefahaman tentang aspek pengurusan kewangan dalam perniagaan melalui latihan praktikal (bertulis) kepada peserta kursus. Kursus dimulakan dengan sedikit penerangan tentang kewangan syarikat diikuti latihan bertulis. Seramai 18 orang peserta telah menyertai kursus ini. Kursus ini juga digunakan sebaik mungkin oleh para peserta untuk membina rangkaian perniagaan melalui interaksi sesama peserta. Kami warga MARA Klang berharap input yang diberikan sepanjang kursus ini dapat memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada usahawan yang hadir.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Selangor, En. Razlan Bin Haji Samsuri pada jam 3.30 petang. "Adalah menjadi tanggungjawab kami memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada para usahawan dan bakal usahawan".