01 April 2010

Mutiara Kata


Sebaik-baik kaya ialah KAYA HATI,

Sebaik-baik kekal ialah TAQWA,

Seburuk-buruk buta ialah BUTA HATI,

Sebesar-besar dosa itu ialah BERDUSTA...

12 March 2010

Arkib : Puisi Penubuhan MARA

PUISI PENUBUHAN MARA
AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (
25 TAHUN MARA)

USMAN AWANG NOVEMBER 1991
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta,
SN Dato' Dr. Usman Awang yang telah menghadiahkan puisi ini kepada MARA.

Majlis Amanah Rakyat

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.
RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan
Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.

01 March 2010

Rahsia Bulan Kelahiran - Mac

Kajian mengenai bulan dan sikap yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah :-

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

19 February 2010

Tazkirah Jumaat - Beban Berhutang

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata yang bermaksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah ketika hidup dan selepas mati. Ya Allah. Aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang berkata kepada Rasulullah: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari

01 February 2010

Rahsia Bulan Kelahiran - Februari

Kajian mengenai bulan dan sikap yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah :-
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

14 January 2010

Lawatan Pengarah MARA Selangor Bagi Tahun 2010

Bertarikh 05 Januari 2010, Pengarah MARA Negeri Selangor telah membuat lawatan singkat ke Pejabat MARA Daerah Klang. Di sini kami lampirkan gambar kenangan staf PMD Klang dengan PMN Selangor.

12 January 2010

Lawatan Rasmi Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor Yang Baru

Bertarikh 31 Disember 2009, Timbalan Pengarah MARA Negeri(TPMN) Selangor yang baru dilantik pada 15 Disember 2009 telah membuat lawatan rasmi ke Pejabat MARA Daerah(PMD) Klang. Tuan Haji Mhd Yatim bin Hassan hadir bersama Ketua Bahagian Pembangunan Infrastruktur(BPI) Negeri Selangor, Tuan Haji Ameer bin Ibrahim dan Pegawai Bahagian Pembangunan Infrastruktur(BPI) Ibu Pejabat bagi meninjau perkembangan terkini bangunan perniagaan di Daerah Klang.

Selepas sesi perbincangan dengan Pegawai PMD Klang serta menjamu jamuan ringan yang disediakan, TPMN dibawa melawat aras 4 Kompleks Tengku Kelana untuk melihat keadaan kedai makanan dan minuman yang dahulukan pernah disewakan tetapi kini kedai-kedai tersebut tidak lagi beroperasi.

Setelah itu, TPMN bersama Ketua BPI, Negeri dan Pegawai BPI, Ibu Pejabat dibawa melawat ke bangunan yang dicadangkan untuk pejabat baru PMD Klang.
Akhir lawatan, TPMN dibawa ke premis perniagaan Arked MARA Jalan Melayu bagi melihat keadaan premis tersebut. Di Arked MARA Jalan Melayu, TPMN telah diperkenalkan dengan Pengerusi Badan Penyewa-Penyewa Arked MARA Jalan Melayu yang turut berada di Arked tersebut.
Lawatan TPMN berakhir pada jam 4:30 petang.