25 June 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN

MARA NEGERI SELANGOR AKAN MENGADAKAN HARI BERTEMU PELANGGAN BAGI BULAN JUN 2009:

TARIK : 26 JUN 2009

HARI : JUMAAT

MASA : 3.00 PTG HINGGA 5.30 PTG

TEMPAT : RUANG LEGAR, TINGKAT BAWAH ANGGERIK MALL, SHAH ALAM


Perkhidmatan yang diberi pada HBP adalah seperti berikut:

1) Kursus keusahawanan (PUSMA)

2) Latihan & Kerjaya (STO)

3) Premis Perniagaan (BPI)

4) Pembiayaan perniagaan

Semua dijemput hadir.

22 June 2009

TERKINI - PINDAAN - KURSUS ASAS PERNIAGAAN

KURSUS ASAS PERNIAGAAN KALI KE-2/2009 ANJURAN PEJABAT MARA DAERAH KLANG DIPINDA KE TARIKH 06 - 10 JULAI 2009, BERTEMPAT DI DEWAN ORKID, ANGGERIK MALL, SHAH ALAM JAM 8.30 PAGI - 4.00 PETANG. BAYARAN YANG DIKENAKAN ADALAH SEBANYAK RM200. BAYARAN BOLEH DIBUAT DI KAUNTER PEJABAT MARA DAERAH KLANG. UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PENYELARAS KURSUS, EN SYED AZRIL DI TALIAN 03-33738667. TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD!

29 April 2009

Kursus Hiasan Kek Dan Kek Cawan








Kursus peningkatan (Kek) ini merupakan lanjutan daripada kursus asas kek yang berlangsung pada bulan Mac. Kursus ini berlangsung selama sehari pada 25 April 2009. Tenaga pengajar, Puan Mazlin Binti Mohamad dan PuanWayunah Binti Abdullah merupakan pemilik kedai kek (Sutra Cafe & Bakery Ingredients) yang telah beroperasi selama lebih empat tahun di Saujana Utama. seramai lapan orang peserta yang menghadiri kursus ini telah diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara dan teknik menghias kek yang betul. Kursus kali ini boleh dikatakan diantara kursus yang amat cemerlang penganjurannya kerana ternyata setiap peserta yang diberikan dua biji kek untuk dihias, telah menghiasnya dengan cantik. Kami warga MARA Klang akan menganjurkan kursus-kursus seperti ini sekiranya ada permintaan yang tinggi dari orang ramai.




Kursus Jahitan Manik (Asas Dan Lanjutan)







Kursus peningkatan ini telah berlangsung pada 25 dan 26 April 2009 bertempat di Kompleks Tengku Kelana Klang. Seramai 5 orang peserta yang terpilih telah berpeluang menghadiri kursus ini. Puan Yasimah Binti Yahya dari Syarikat Yang Murni Collection merupakan tenaga pengajar profesional yang telah dilantik bagi memberi tunjuk ajar (teori dan praktikal) sepanjang dua hari tersebut. Antara modul pembelajaran yang di ajar adalah jahitan manik asas dan bunga. Dari hasil maklum balas peserta, pihak MARA Klang berbesar hati kerana kesemua peserta berpuas hati dengan kursus dan latihan yang diberi. Terima kasih pada warga MARA Klang yang bertungkus lumus menjayakan kursus ini. Kepada yang berminat menyertai kursus ini, tunggu lanjutannya nanti.

28 April 2009

Kursus Pengurusan Kewangan





Kursus Pengurusan Kewangan telah diadakan pada 28 - 30 April 2009 bertempat di Kompleks Tengku Kelana Klang (Pejabat MARA Daerah Klang). Objektif kursus ini adalah memberi kefahaman tentang aspek pengurusan kewangan dalam perniagaan melalui latihan praktikal (bertulis) kepada peserta kursus. Kursus dimulakan dengan sedikit penerangan tentang kewangan syarikat diikuti latihan bertulis. Seramai 18 orang peserta telah menyertai kursus ini. Kursus ini juga digunakan sebaik mungkin oleh para peserta untuk membina rangkaian perniagaan melalui interaksi sesama peserta. Kami warga MARA Klang berharap input yang diberikan sepanjang kursus ini dapat memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada usahawan yang hadir.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Selangor, En. Razlan Bin Haji Samsuri pada jam 3.30 petang. "Adalah menjadi tanggungjawab kami memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada para usahawan dan bakal usahawan".

25 March 2009

Kursus Asas Perniagaan















Pejabat MARA Daerah Klang telah menganjurkan Kursus Asas Perniagaan pada 16 hingga 20 Mac 2009 yang bertempat di Kompleks Tengku Kelana (Pejabat MARA Daerah Klang). Objektif kursus adalah :-
  • Memberi pendedahan awal dan meningkatkan kefahaman peserta tentang persediaan awal menjadi usahawan.
  • Merangka strategi pengurusan perniagaan dari sudut pengurusan, organisasi, pemasaran dan kewangan.
  • Membuat pilihan dan perancangan perniagaan mengikut minat dan kebolehan iaitu selaras dengan peluang dan kemudahan perniagaan yang sediada.
Kursus yang dijalankan selama 5 hari tersebut telah dihadiri seramai 21 peserta yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza. Ada peserta yang telah menjalankan perniagaan, yang masih bekerja dan juga yang masih menuntut di pengajian tinggi. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan ilmu, berkongsi pengalaman, mencari peluang perniagaan dan juga mendapat rakan niaga yang baru.

Peserta-peserta telah sebulat suara melantik En. Mustafa Kamal Idris sebagai penghulu kursus dan Pn. Nordalilah Mohd Tahir sebagai pembantu penghulu kursus. Keabraban antara peserta-peserta kursus dapat dilihat dari hari pertama lagi setelah sessi pengenalan. Perjalanan kursus selama 5 hari berjalan dengan lancar dan meriah dengan suasana gelak tawa dan usik mengusik antara peserta-peserta.

Selain itu, ucapan terima kasih diberikan kepada tenaga pengajar yang sudi meluangkan masa untuk memberi ilmu dan berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta:-

  • Pn. Noor Hafidzah Badrudin (Pen. Peg. Ehwal Ekonomi - Putek/Inkubator PUSMA)
  • Cik Siti Rosezaimah Ismail (Pegawai PMD Sepang)
  • En. Mohd Fauzi Alias (Pegawai PMD Petaling)
  • En. Muhammad Shahidan Abd Ghani (Pen. Peg. PMD Klang)
  • En. Fadzil Nor Samiran (Pegawai PMD Sabak Bernam)
  • Tn Hj Mhd Omar Abd Hamid - pencemah jemputan
  • En. Mohd Karim Hj A. Rahman - penceramah jemputan
Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh Hj Mhd Yatim Hassan, Ketua Pen. Pengarah, PUSMA pada jam 5:00 ptg.
Penghargaan untuk Cik Nurhayati Safeain, Kerani Sementara PBUD yang banyak membantu menjayakan kursus, Cik Huraizah Shafie, Pegawai PMD Klang yang menyelia sepanjang perjalanan kursus dan En. Mohd Zaki Mad Ali, praktikal UUM di PMD Klang.

16 October 2008

Kenangan 2008

Suasana sambutan rumah terbuka PMD Klang