29 April 2009

Kursus Hiasan Kek Dan Kek Cawan








Kursus peningkatan (Kek) ini merupakan lanjutan daripada kursus asas kek yang berlangsung pada bulan Mac. Kursus ini berlangsung selama sehari pada 25 April 2009. Tenaga pengajar, Puan Mazlin Binti Mohamad dan PuanWayunah Binti Abdullah merupakan pemilik kedai kek (Sutra Cafe & Bakery Ingredients) yang telah beroperasi selama lebih empat tahun di Saujana Utama. seramai lapan orang peserta yang menghadiri kursus ini telah diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara dan teknik menghias kek yang betul. Kursus kali ini boleh dikatakan diantara kursus yang amat cemerlang penganjurannya kerana ternyata setiap peserta yang diberikan dua biji kek untuk dihias, telah menghiasnya dengan cantik. Kami warga MARA Klang akan menganjurkan kursus-kursus seperti ini sekiranya ada permintaan yang tinggi dari orang ramai.




Kursus Jahitan Manik (Asas Dan Lanjutan)







Kursus peningkatan ini telah berlangsung pada 25 dan 26 April 2009 bertempat di Kompleks Tengku Kelana Klang. Seramai 5 orang peserta yang terpilih telah berpeluang menghadiri kursus ini. Puan Yasimah Binti Yahya dari Syarikat Yang Murni Collection merupakan tenaga pengajar profesional yang telah dilantik bagi memberi tunjuk ajar (teori dan praktikal) sepanjang dua hari tersebut. Antara modul pembelajaran yang di ajar adalah jahitan manik asas dan bunga. Dari hasil maklum balas peserta, pihak MARA Klang berbesar hati kerana kesemua peserta berpuas hati dengan kursus dan latihan yang diberi. Terima kasih pada warga MARA Klang yang bertungkus lumus menjayakan kursus ini. Kepada yang berminat menyertai kursus ini, tunggu lanjutannya nanti.

28 April 2009

Kursus Pengurusan Kewangan





Kursus Pengurusan Kewangan telah diadakan pada 28 - 30 April 2009 bertempat di Kompleks Tengku Kelana Klang (Pejabat MARA Daerah Klang). Objektif kursus ini adalah memberi kefahaman tentang aspek pengurusan kewangan dalam perniagaan melalui latihan praktikal (bertulis) kepada peserta kursus. Kursus dimulakan dengan sedikit penerangan tentang kewangan syarikat diikuti latihan bertulis. Seramai 18 orang peserta telah menyertai kursus ini. Kursus ini juga digunakan sebaik mungkin oleh para peserta untuk membina rangkaian perniagaan melalui interaksi sesama peserta. Kami warga MARA Klang berharap input yang diberikan sepanjang kursus ini dapat memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada usahawan yang hadir.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Selangor, En. Razlan Bin Haji Samsuri pada jam 3.30 petang. "Adalah menjadi tanggungjawab kami memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada para usahawan dan bakal usahawan".