Pejabat MARA Daerah Klang telah menganjurkan Kursus Asas Perniagaan pada 16 hingga 20 Mac 2009 yang bertempat di Kompleks Tengku Kelana (Pejabat MARA Daerah Klang). Objektif kursus adalah :-
- Memberi pendedahan awal dan meningkatkan kefahaman peserta tentang persediaan awal menjadi usahawan.
- Merangka strategi pengurusan perniagaan dari sudut pengurusan, organisasi, pemasaran dan kewangan.
- Membuat pilihan dan perancangan perniagaan mengikut minat dan kebolehan iaitu selaras dengan peluang dan kemudahan perniagaan yang sediada.
Peserta-peserta telah sebulat suara melantik En. Mustafa Kamal Idris sebagai penghulu kursus dan Pn. Nordalilah Mohd Tahir sebagai pembantu penghulu kursus. Keabraban antara peserta-peserta kursus dapat dilihat dari hari pertama lagi setelah sessi pengenalan. Perjalanan kursus selama 5 hari berjalan dengan lancar dan meriah dengan suasana gelak tawa dan usik mengusik antara peserta-peserta.
Selain itu, ucapan terima kasih diberikan kepada tenaga pengajar yang sudi meluangkan masa untuk memberi ilmu dan berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta:-
- Pn. Noor Hafidzah Badrudin (Pen. Peg. Ehwal Ekonomi - Putek/Inkubator PUSMA)
- Cik Siti Rosezaimah Ismail (Pegawai PMD Sepang)
- En. Mohd Fauzi Alias (Pegawai PMD Petaling)
- En. Muhammad Shahidan Abd Ghani (Pen. Peg. PMD Klang)
- En. Fadzil Nor Samiran (Pegawai PMD Sabak Bernam)
- Tn Hj Mhd Omar Abd Hamid - pencemah jemputan
- En. Mohd Karim Hj A. Rahman - penceramah jemputan
Penghargaan untuk Cik Nurhayati Safeain, Kerani Sementara PBUD yang banyak membantu menjayakan kursus, Cik Huraizah Shafie, Pegawai PMD Klang yang menyelia sepanjang perjalanan kursus dan En. Mohd Zaki Mad Ali, praktikal UUM di PMD Klang.